Thursday, 26 July 2012

Perkataan Yang Buruk


Rasulullah SAW bersabda" Barang siapa yang tidak mninggalkan perkataan yang buruk, perkataan yang membawa kpd pbuatan yang buruk dan melakukan perbuatan yang buruk, maka Allah tidak mengharap apa2 dari puasanya"

Puasanya adalah 0 dan ternyata sia2.
Puasanya sah tapi dia tidak mendapat pahala puasanya.
Macam periksa, kehadiran penuh tapi markah kosong. Alangkah ruginya jika beginilah puasa kita setiap hari.

Perkataan yang buruk (mengumpat, mengeji, mengata, fitnah, sebar rahsia orang, bercakap kosong.
Perkataan yang membawa kepada pbuatan yang buruk (menulis kata2 yang tidak baik cth menulis dalam twitter atau facebook, memburuk2kan orang lain, menyinggung perasaan org lain, adakala sampai menimbulkan pergaduhan sesama rakan facebookers)
perbuatan yang buruk ( Segala perbuatan yang dilarang agama dan melanggar syariat)

Mesej dari Ustaz Don Daniyal Don Biyazid
"Saya nak minta tolong rakan2, para penonton semua,tolong tinggal sat je mendengaq lagu2 pada bulan Ramadhan ni. Kita ganti dengan baca al-Quran. Kalau xboleh sgt pon, dengaq lagu malam,siang xpayah dengaq lagu. Boleh x para penonton semua?Saya xpaksa tapi apa lah salahnya kita berubah sekejap untuk bulan mulia ni. Sebulan je pon.. Xlama aih..Lagipon dengaq lagu ka apa,tu semua fitrah yang kita pyh nak lwn.
Ok boleh eh?Ok terima kasih semua.

30Minit Ustaz Don


Wednesday, 25 July 2012

~Seronoknya Solat Tarawikh ni~

Assalamualaikum...


Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.
Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.
Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.


Seronoknya dapat solat tarawikh ramai2 kat masjid. Baru dapat 2 hari tapi rasa tenang jer walaupun panas sikit.Kehadiran jemaah agak ramai sbb tu la rasa bahang je sampai berpeluh2..Huhu,busuk la bau badan...Keadaan jemaah agak menyedihkan bagi aku sbb masing2 xmau duk rapat2. Sume renggang2 pastu ada yang lompong tengah2...haiii....Memang xsyok kalo camtu.


First2 tarawikh dekat Masjid As-Salam kat Taman Sri Manja,PJ. Kat sini la yang lompong tu. Kasihan tengok jemaah camtu sekali. Ramai tu ramai tp jauh sgt duduk nye.Macam xde persepaduan. Tp papehal pon ia best...hihi


Semalam tarawikh kat Masjid At-Tarmizi kat Tmn Sri Sentosa,Pj gak. Kat situ besh jugak la. Ramai pon ramai. Pastu kami wat 20 rakaat..huhu..Xpernah buat kot selama ni. Selama ni 8 je kot..Tp imam dia baca cket2 dan cepat tu yang xrasa penat solat tarawikh 20 rakaat. Baru kutahu bahagia solat tarawikh ni...


Pastu plak masjid dia cantik..Kipas dia laju sgt...Xla panas..Tp haa, sampai terbang telekung2 jemaah..haha..lawak2..Xdela terbang sgt..Just terselak cket...Kuikui..


Semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terbaik daripada Ramadhan2 yang sebelumnya...
Amin ^_^



Tuesday, 24 July 2012

Nilai dari Sebatang Pensel



1)Ibarat pensel, pasti ada tangan yang memegangnya. Maka ingatlah akan ada kuasa yang membimbingnya iaitu Allah. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendaknya.

2)Ktika menulis, pensel kerap mnjadi tumpul. Kita pasti akan mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, ttp hasilnya ia menjadi tajam & bagus tulisannya. Begitu juga dengan hidup kita. Kita mesti berani menempuh kesusahan krn ia menjadi baja @ mendorong dirimu mnjadi lebih baik.

3)Pensel mungkin mghasilkan tulisan yg salah. Namun kita boleh mmadamkan dan betulkan tulisan itu semula. Oleh itu sentiasalah memperbaiki kesalahan dlm hidup. Ia bukan sesuatu yang hina, tp ia membantu kita menjadi lebih baik

4)Bhgn mana yang penting?Luar atau dlm pensel? Mestilah dalam iaitu karbon ataupun arang di dalamnya. Oleh itu, berhati-hatilah dengan hatimu dan hindarilah apa2 yang tidak baik yg berada dlm hatimu.

5)Pensel ini selalu meninggalkan goresan @ tanda. Begitu juga kamu, apa2 yang kamu buat pasti meninggalkan kesan kpd kamu atau org lain. Oleh itu, berhati-hatilah dalam bertindak

~Daripada Komuniti Rakan Dakwah~


Thursday, 19 July 2012

Adakah Kita Sombong




Islam mengajar kita agar berbuat baik sesama manusia. Tidak kira seseorang itu muslim atau bukan muslim. Kita juga dididik dengan sifat-sifat murni untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Namun, tidak dapat dinafikan manusia yang pelbagai ini, banyak ragam dan perangai masing2…


“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kalian kepada Adam,” maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur (sombong) dan ia termasuk golongan orang-orang yang kafir“ (QS. Al Baqarah:34)

            Dan dengan keadaan ekonomi sekarang, orang kaya bertambah kaya, orang miskin bertambah miskin. Tapi Alhamdulillah, Negara kita walaupun ada yang miskin tapi sekurang-kurangnya ada bantuan dari pihak2 tertentu. Cuma yang tak seronoknya bila terlalu ramai peminta sedekah di jalanan. Ini memburukkan lagi nama Malaysia bila pelancong asing datang kat Negara kita ni. Xpasal2 nama Malaysia gak yang buruk. Padahal semuanya daripada sindiket2 tertentu yang mengambil jalan mudah untuk mengaut keuntungan. Kesian peminta sedekah yang jadi mangsa diorang ni. Hasilnya bukan dapat kat dioang pon tp semua bagi kat dalang2 sindiket tu..Eiii,geram je tgok tapi xkan nak marah kat pminta sedekah plak kan. Nak bagi,bagi.Tak nak bagi diam sudah. Huhu…
            Tapi apa yang aku nk cakap sekarang pasal sesetengah orang yang Allah anugerahkan sedikit kekayaan, sedikit kecantikan, sedikit ilmu dan banyak lagi yang sedikit tapi mereka rasa macam dunia ni aku yang punya…Haha ape pon xboleh..Terlalu banyak ayat yang melarang kita untuk  berlaku sombong. Antaranya ialah:-

Allah berfirman" Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu,kemudian kami bentuk rupa kamu, kemudian Kami katakan kepada malaikat "Sujudlah kepada Adam" (Surah Al-A'raf ayat 11)




Allah berfirman,
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS. Luqman:18)
 “Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang menyombongkan diri.” (QS. An Nahl: 23)
Ya Allah,bantulah hambaMu ini, untuk terus bersyukur akan segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami, dan janganlah Engkau pesongkan hati kami sehingga kami menjadi sesombong-sombongnya kepadaMu. Ya Allah kami bersyukur kepadaMu akan segala hal dan kami mengakui segala dosa2 kami. Ampunkanlah kami wahai Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Amin...

Bulan Mulia yang Ku Tunggu2

~Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia
~
 
Lelaki biasa akan terpesona dengan kecantikan yang dilihatnya,
Wanita pula selalu tergoda dengan kata-kata manis yang didengarnya.
Sebab tu para lelaki, tahanlah pandanganmu, janganlah tertipu dengan pandangan duniawi.
Wanita pula peliharalah telingamu supaya engkau tidak tertipu dengan pendengaran duniawi.


Hidup kita tak lama,
Andai dunia yang kita kejar, jauhlah kita dari akhirat,
Andai akhirat kita kejar, kita dapat dunia dan akhirat.

Selamat Menjalankan Ibadah Puasa Sekejap je lagi…
Semoga Amalan2 kita diterima pada bulan Ramadhan ini… InsyaAllah..Peace ^_^

Wednesday, 18 July 2012

Diri ku yang Baru


Assalamualaikum wbt...

Tibe2 rasa macam nak buat blog baru. Bosan dengan blog lama. Orang nak buat blog, kita pun nak wat blog... Itulah Melayu..HuHu...Suka mengikut. Tapi takpe, kita mengikut sesuatu yang baik.. Dapat pahala kot..Betul x?Betul x?


Dah setahun aku sendiri, tp seronok gak takde lelaki dalam hidup aku ni buat sementara.
Nak selamanya xboleh la..Semua orang ada fitrah..Fitrah untuk berkeluarga..Macam aku gak..Sape la yang xnak kawin..Rugi sangat2 sebab xdapat nak meramaikan umat Nabi Muhammad SAW yang berkualiti...insyaAllah..Semoga aku dapat jodoh yang baik dan sekufu ngan aku..Bak kata orang, "Duduk sama rendah, Berdiri sama tinggi"..

Semoga Allah memakbulkan doa aku ni..amin..