Wednesday, 25 July 2012

~Seronoknya Solat Tarawikh ni~

Assalamualaikum...


Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.
Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.
Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.


Seronoknya dapat solat tarawikh ramai2 kat masjid. Baru dapat 2 hari tapi rasa tenang jer walaupun panas sikit.Kehadiran jemaah agak ramai sbb tu la rasa bahang je sampai berpeluh2..Huhu,busuk la bau badan...Keadaan jemaah agak menyedihkan bagi aku sbb masing2 xmau duk rapat2. Sume renggang2 pastu ada yang lompong tengah2...haiii....Memang xsyok kalo camtu.


First2 tarawikh dekat Masjid As-Salam kat Taman Sri Manja,PJ. Kat sini la yang lompong tu. Kasihan tengok jemaah camtu sekali. Ramai tu ramai tp jauh sgt duduk nye.Macam xde persepaduan. Tp papehal pon ia best...hihi


Semalam tarawikh kat Masjid At-Tarmizi kat Tmn Sri Sentosa,Pj gak. Kat situ besh jugak la. Ramai pon ramai. Pastu kami wat 20 rakaat..huhu..Xpernah buat kot selama ni. Selama ni 8 je kot..Tp imam dia baca cket2 dan cepat tu yang xrasa penat solat tarawikh 20 rakaat. Baru kutahu bahagia solat tarawikh ni...


Pastu plak masjid dia cantik..Kipas dia laju sgt...Xla panas..Tp haa, sampai terbang telekung2 jemaah..haha..lawak2..Xdela terbang sgt..Just terselak cket...Kuikui..


Semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terbaik daripada Ramadhan2 yang sebelumnya...
Amin ^_^



No comments:

Post a Comment